Nak cerita skit pasal tangkak nih....
Tangkak ni sebuah bandar kecil kat daerah Ledang,Johor dan merupakan bandar pentadbiran utama di daerah Ledang. Daerah Ledang pulak adalah daerah baru bagi negeri johor, terpisah dengan Muar, kalau dulu admin dia bawah kuasa Majlis Daerah Muar Selatan. Sekarang dah tadbir sendiri bawah Majlis Daerah Ledang.
Bersempadan dengan Jasin Melaka dan lebih kurang 45 minit dari bandar Melaka. Kalau dari KL, Tangkak hanya kira-kira 2 jam perjalanan guna PLUS Highway dan keluar ke Tol Tangkak dan belok ke kanan. Dan bandar Tangkak hanya kira-kira 3 minit dari Susur keluar tol.
Tangkak ni dikenali di kalangan penduduk tempatan dengan gelaran Syurga Kain atau Bandar Fabrik sebab ada banyak kedai kain yang menjual pelbagai fabrik yang cantik. Memang tidak dapat dinafikan apabila menjejakkan kaki ke Tangkak, kita boleh lihat dari kiri dan kanan jalan dipenuhi dengan deretan kedai-kedai kain tersebut.
Tak kurang hebatnya juga, tangkak ni kaya dengan sumber kampung yang hebat seperti Raja Buah....Durian..memang awesome makan dalam dusun...
So apa tunggu lagi...berminat..jom jalan-jalan ke Tangkak...
No comments:
Post a Comment