Hari ini kita belajar sedikit pasal Pengurusan risiko
Kalau diikutkan pengurusan risiko tu adalah mengenal pasti, menilai, dan mengatur kepentingan risiko (ditakrifkan dalam ISO 31000 sebagai kesan ketidak tentuan pada matlamat, samaada positif atau negatif) diikuti oleh penggunaan sumber secara teratur dan ekonomi bagi mengurangkan, memantau, dan mengawal kemungkinan dan/ kesan peristiwa tidak diingini atau bagi memaksimakan penzahiran peluang.
Risiko boleh datang dari ketidak tentuan dalam pasaran kewangan, kegagalan projek (pada sebarang fasa reka bentuk, pembangunan, penghasilan, atau pengekalan kitaran hayat), liability perundangan, risiko kredit, kemalangan, takdir (“kejadian alam dan malapetaka”) termasuk juga serangan sengaja dari musuh, atau peristiwa yang tidak pasti atau punca tidak dijangka.
Strategi bagi menguruskan risiko biasanya termasuk memindahkan risiko tersebut pada pihak lain, mengelak risiko, mengurangkan kesan negetif kemungkinan risiko, malah menerima sebahagian atau keseluruhan kemungkinan atau akibat sebenar sesuatu risiko tertentu.
Sesetengah aspek bagi kebanyakan piawaian pengurusan risiko telah mendapat kritikan sebagai tidak memiliki kebaikan boleh diukur pada risiko, samaada keyakinan pada anggaran dan keputusan kelihatannya semakin meningkat.
Jadi, adakah situasi begini begitu biasa bagi anda?
Adakah senario sebegini boleh mendatangkan BAHAYA?
Bagaimana pula dengan situasi ini? terdapatkah risikonya?
Bagaimana pula tanggapan anda berhubung aktiviti anda? adakah ianya aktiviti MENCABAR atau BERISIKO?
Jadi...fikir-fikirkan lah......
No comments:
Post a Comment