Wednesday, 20 March 2013

Apa Kata Anda??


Peristiwa Hampir Kiamat

Sekadar renungan bersama, agar sama-sama beringat amalan dunia sebagai bekalan di akhirat.

Surah Anbiyaa, Ayat 104 menerangkan mengenai apa yang Allah akan lakukan pada hari pembalasan kelak. Allah akan menghancurkan segala yang ada di seluruh alam ini. Allah akan menukar ganti seluruh alam ini dengan yang baharu pada hari kiamat kelak. Kerana sebagaimana Allah berkuasa menjadikan segala-galanya daripada tiada kepada ada, maka Ia berkuasa menjadikannya semula dalam bentuk baharu yang kekal. 

Pada hari kiamat atau hari pembalasan nanti, Allah akan menghancurkan segala-galanya. Bumi ini diibaratkan padang yang amat rata. Tiada apa yang ada di muka bumi ini. Semua ini berlaku apabila malaikat meniup sangkakala yang pertama yang menghancurkan semua yang ada di muka bumi ini.

Surah Saba’, Ayat 51-53 juga menerangkan mengenai keadaan orang-orang yang bersalah ketika mereka gelisah dan takut melihat azab Allah yang amat pedih. Pada ketika itu mereka tiada jalan untuk keluar untuk mengelak daripada azab Allah yang sangat berat. 

Oleh itu mereka tetap menerima azab Allah yang sangat berat akibat daripada dosa yang telah mereka lakukan. Pada masa itu juga, barulah mereka mengakui bahawa mereka beriman kepada Nabi Muhammad. Sudah terlambat untuk kita insaf pada ketika itu. Kita hendaklah sentiasa beriman kepada Allah dan Rasul-Nya kerana hari pembalasan boleh terjadi pada bila-bila masa.Sudah terlambat untuk kita taubat apabila kita sudah mengetahui azab seksa Allah.

No comments:

Post a Comment