Sunday 31 March 2013

Kisah Benar, Mengaku tapi Tidak Diamal


OPS DAULAT: MENGEJUTKAN!!! KISAH BENAR MENGENAI PENGGANAS SULU


Hasil siasatan ke atas anggota pengganas yang ditahan mendapati kesemua mereka sanggup berperang dengan pasukan keselamatan Malaysia kerana ia dianggap jihad kepada ketua kumpulan pengganas Sulu, Jamalul Kiram III.

Sumber itu menjelaskan, seorang tahanan pengganas yang berusia 25 tahun bertindak membunuh diri di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau pada 15 Mac lalu didakwa bertindak demikian atas alasan sama iaitu jihad.

Kita telah menahan bapa si mati di balai yang sama dan dia tidak sedih dengan tindakan anaknya itu malah berbangga dan kematian anaknya itu selain membuatkan dia lebih kuat,” katanya.

Difahamkan, bapa si mati merupakan seorang berpangkat panglima dalam kumpulan pengganas tersebut dan ditugaskan melakukan keganasan di daerah ini bersama anaknya.

Punca kematian suspek yang ditahan di bawah Seksyen 130(c) Kanun Keseksaan yang dibacakan bersama dengan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) tidak didedahkan.

Rata-rata pengganas Sulu yang ditahan oleh pasukan keselamatan sepanjang 25 hari Ops Daulat didapati tidak tahu mengucap dua kalimah syahadah walaupun mereka mengakui beragama Islam.

Menurut sumber, perkara tersebut terbongkar apabila anggota keselamatan melakukan soal siasat terhadap pengganas-pengganas terbabit yang ditahan di daerah ini dan Lahad Datu sepanjang operasi itu.

Soal siasat yang dijalankan mendapati rata-rata pengganas tersebut mengaku diri mereka beragama Islam.

Bagaimanapun, apa yang mengejutkan, ada dalam kalangan mereka yang tidak tahu mengucap dua kalimah syahadah.

Tindakan itu membayangkan seolah-olah mereka yang terlibat ini tidak mempunyai asas dalam ilmu agama Islam,” katanya lagi.

Selain itu, anggota kumpulan pengganas tersebut yang ditahan dan terbunuh juga didapati memakai tangkal pada anggota badan mereka yang dipercayai boleh menjadikan mereka kebal ketika berdepan dengan pihak keselamatan.

Sebahagian besar pengganas Sulu yang maut dan diberkas pihak berkuasa didapati memakai pelbagai tangkal yang tertulis ayat khurafat di leher, lengan, tangan dan pinggang masing-masing yang dikatakan boleh menjadikan mereka kebal. 

Untuk rekod, setakat semalam, seramai 68 anggota pengganas Sulu terbunuh dalam Ops Daulat yang dilancarkan awal bulan ini manakala jumlah yang ditahan di bawah SOSMA ialah seramai 103 orang.

Saturday 23 March 2013

Risiko Kedua

Kita sambung lagi sikit diskusi berhubung risiko ni, sebab keliling kita penuh dengan risiko, tetapi ianya boleh dihadapi atau ditangani jika dikendalikan dengan sistematik.Risiko ni suatu benda yang kita tak jangka yang mungkin akan berlaku dan boleh beri kesan atau impak yang besar kepada sesuatu objektif.

Kalau ikut teori belajar la kan, risiko ni ada 2 dimensi berbeza iaitu PELUANG dan juga ANCAMAN. Kadang-kadang risiko ni beri kita peluang, yang merujuk kepada faedah yang bakal kita dapat jika kita ambil risiko / tempoh risiko. Manakala ancaman pula kebarangkalian atau peluang kita alami kerugian atau terlepas peluang akibat daripada pengambilan sesuatu risiko.
Risiko? dimana?

Jadi, mana pilihan bijak kita?

Risiko boleh dikawal, tetapi bukan mengelak dari berhadapan dengan risiko. Kita perlu pandai menilai suatu risiko dan menentukan had risiko yang boleh diterima serta merangka strategi dan tindakan untuk atasi kesan risiko, kira macam melemahkan risiko la.
Anda rasa..ia selamat? atau berisiko?

Hakikatnya, risiko ni tak boleh kita hapuskan atau nyahkan secara keseluruhan, tetapi risiko mestilah dinilai mengguna pakai amalan standard antarabangsa yang menilai suatu risiko dengan melihat kepada risiko dari segi kemungkinan / kebarangkalian ia akan berlaku dan juga kesan risiko itu pada kita.

Kita PERLU URUS RISIKO. Samada guna kaedah logik akal mahupun sistematik. Ia perlu dikenalpasti, dianalisis, dinilai, dikendalikan dan pantau risiko tersebut agar dapat meminimumkan kerugian samada nyawa dan harta benda serta memaksimumkan peluang yang ada. Selain itu melalui pengurusan risiko yang bagus, kita dapat imbangi manfaat pengurangan risiko dengan kos yang terlibat.

U menang...I pun menang...itulah situasi menang-menang....risiko dikurangkan atau dinyahkan, faedah dimaksimumkan kesan dari risiko tersebut. Selamat beramal.....

Friday 22 March 2013

Takkan Melayu Hilang di Dunia...


Tamadun Awal 40,000 – 2,000 Tahun Dahulu Di Tanah Melayu


Hari ini dalam sejarah, apa kata kita selami sedikitt maklumat kajian sejarah ketamadunan melayu di Tanah Malaya nih...sekadar berkongsi sedikit maklumat.
Sejarah awal tamadun manusia di Tanah Melayu telah bermula tidak kurang 200,000 tahun dahulu di mana bukti-bukti kewujudan manusia dapat di jumpai sekitar Kota Tampan di Lenggong, Perak. Anatara penemuan terbesar yang pernah di rekodkan dalam kajian sejarah Malaysia ialah penemuan rangka manusia yang berumur sekitar 11,000 tahun di Leggong yang diberi nama ‘Perak Man’ atau ‘Orang Tampan’.
Di kawasan sekitar Lenggong juga, ditemui beberapa kawasan pembuatan peralatan-peralatan batu bagi membuat andas dan tukul-tukul batu bagi kegunaan manusia pra-sejarah yang masih terpelihara dengan baik.
Selain kewujudan manusia pra-sejarah Tanah Melayu di Lenggong Perak, antara penemuan terbesar Malaysia juga terdapat di sekitar Gua Niah, Sarawak. Bukti-bukti yang berusia lebih kurang 40,000 tahun ini menunjukkan bahawa sudah ada penempatan manusia sejak sekian lama.
Salah satu bukti kewujudan manusia pra-sejarah yang terkenal ialah lukisan-lukisan di dinding Gua Tambun seperti di bawah.

Jadi...fikir-fikirkan lah....dari mana asal usul kita....

Masuk Rumah..Kanan

Setelah 2 tahun kiraan kasar, proses memiliki rumah sendiri akhirnya semakin hampir. Kunci telah dalam genggaman, INI RUMAH, AKU YANG PUNYAAA.......bukan Ahmad Albab yang punya tau....

Alhamdulillah, berkat REJEKI (bak kata mak, ikut pronoun jawanya) akhirnya idaman suri telah tersedia (bukan bini baru, tapi rumah baru). Atas segala usaha dan keringat yang ada, dengan ketabahan hati untuk memiliki sebuah rumah sendiri, akhirnya berjaya. Sokongan dan dorongan isteri, anak, keluarga kedua-dua belah pihak...serta yang penting, fulusnya.

Rumah atas developer MKH (Metro Kajang Holding) memang telah terserlah keupayaan pembinaan dan kualiti, alhamdulillah, tiada sebarang komen teruk untuk mereka. Dan secara peribadi, mencadangkan sekiranya ingin memiliki aset atas developer ini, amat dialukan (bukan bodek, tapi tengok hasil kerja mereka).

Setelah pemeriksaan awal dibuat, bagi mengesan kecacatan rumah, dengan sedikit sahaja kecacatan, dan atas khidmat nasihat rakan taulan serta blog2 yang membantu memberi tips untuk membuat pemeriksaan awal rumah, akhirnya segala defect kecil telah diperbaiki dalam tempoh seminggu.

Dan kini, fasa berikutnya, untuk membuat dekorasi dalaman (ikut kemampuan la..heheh). Mula-mula buat dapur dan plaster ceiling (jika nak contact person - si pembuat, dan bukannya orang tengah) boleh la hubungi saya melalui emel...bagi mendapatkan hasil dan harga yang baik.

So buat masa ini, jadi mandor la sekejap....sambil kenal2 kengkawan baru di kejiranan pelangisemenyih2.com ..heheheh...kalau berminat leh la p tengok projek2 MKH tuh...selamat berjaya...

Wednesday 20 March 2013

Apa Kata Anda??


Peristiwa Hampir Kiamat

Sekadar renungan bersama, agar sama-sama beringat amalan dunia sebagai bekalan di akhirat.

Surah Anbiyaa, Ayat 104 menerangkan mengenai apa yang Allah akan lakukan pada hari pembalasan kelak. Allah akan menghancurkan segala yang ada di seluruh alam ini. Allah akan menukar ganti seluruh alam ini dengan yang baharu pada hari kiamat kelak. Kerana sebagaimana Allah berkuasa menjadikan segala-galanya daripada tiada kepada ada, maka Ia berkuasa menjadikannya semula dalam bentuk baharu yang kekal. 

Pada hari kiamat atau hari pembalasan nanti, Allah akan menghancurkan segala-galanya. Bumi ini diibaratkan padang yang amat rata. Tiada apa yang ada di muka bumi ini. Semua ini berlaku apabila malaikat meniup sangkakala yang pertama yang menghancurkan semua yang ada di muka bumi ini.

Surah Saba’, Ayat 51-53 juga menerangkan mengenai keadaan orang-orang yang bersalah ketika mereka gelisah dan takut melihat azab Allah yang amat pedih. Pada ketika itu mereka tiada jalan untuk keluar untuk mengelak daripada azab Allah yang sangat berat. 

Oleh itu mereka tetap menerima azab Allah yang sangat berat akibat daripada dosa yang telah mereka lakukan. Pada masa itu juga, barulah mereka mengakui bahawa mereka beriman kepada Nabi Muhammad. Sudah terlambat untuk kita insaf pada ketika itu. Kita hendaklah sentiasa beriman kepada Allah dan Rasul-Nya kerana hari pembalasan boleh terjadi pada bila-bila masa.Sudah terlambat untuk kita taubat apabila kita sudah mengetahui azab seksa Allah.

Siapa berisiko

Adakah sekeliling kita selamat????

Bagaimana risiko boleh dikenalpasti???

Apa nak buat bila telah dikenalpasti risiko???

Semua persoalan ini pastinya terngiang-ngiang di telingan kita saban hari, jam, minit mahupun saat yang berlalu...Tetapi adakah kita benar-benar sedar akan tahap risiko yang bakal atau akan kita hadapi kelak???

Langkah asas bagi Proses Pengurusan Risiko adalah (i) establish the context; (ii) kenalpasti risiko; (iii) analisis risiko; (iv) menilai tahap risiko; dan (v) treat risiko.


so tahap risikonya boleh diukur melalui Jadual Matrik Risiko


Jadi sebagai warga tempatan di kawasan perumahan atau tempat kerja kita...adakah kita sudah kenalpasti tahap risiko disekeliling kita itu? Jawapan ada pada anda.......

Tuesday 19 March 2013

Pernah Dengar COSO Framework?

Haaa...ni la menda baru yang kene didalami oleh semua orang...terutamanya bagi yang sayang diri ngan keluarga...agar dapat dikurangkan atau dinyah terus risiko dari keliling kita. Bahaya memang ada di mana-mana..tetapi kita boleh minimumkan atau menyahkan risiko kepada bahaya berkenaan jika tahu caranya...semuanya melalui pengurusan risiko...

COSO ni adalah Committee of Sponsoring Organizations - yang menyediakan garispanduan rangka kerja atau framework bagi pengurusan risiko. dia ni menyatakan penglibatan 3 kategori pelaksana organisasi iaitu (i) tahap organisasi; (ii) bahagian atau cawangan; dan (iii) Unit Pemprosesan Tugas/perniagaan.


COSO Framework Cube

Ianya disokong penuh melalui objektif setiap entiti dengan 4 kategori utama iaitu (i) strategi; (ii) operasi; (iii) laporan; dan (iv) pemenuhan/merangkumi keseluruhan.

Jadi fikir-fikirkan lah...dimana kedudukan kita

Risiko Kehidupan


Hari ini kita belajar sedikit pasal Pengurusan risiko 

Kalau diikutkan pengurusan risiko tu adalah mengenal pasti, menilai, dan mengatur kepentingan risiko (ditakrifkan dalam ISO 31000 sebagai kesan ketidak tentuan pada matlamat, samaada positif atau negatif) diikuti oleh penggunaan sumber secara teratur dan ekonomi bagi mengurangkan, memantau, dan mengawal kemungkinan dan/ kesan peristiwa tidak diingini atau bagi memaksimakan penzahiran peluang. 

Risiko boleh datang dari ketidak tentuan dalam pasaran kewangan, kegagalan projek (pada sebarang fasa reka bentuk, pembangunan, penghasilan, atau pengekalan kitaran hayat), liability perundangan, risiko kredit, kemalangan, takdir (“kejadian alam dan malapetaka”) termasuk juga serangan sengaja dari musuh, atau peristiwa yang tidak pasti atau punca tidak dijangka. 

Strategi bagi menguruskan risiko biasanya termasuk memindahkan risiko tersebut pada pihak lain, mengelak risiko, mengurangkan kesan negetif kemungkinan risiko, malah menerima sebahagian atau keseluruhan kemungkinan atau akibat sebenar sesuatu risiko tertentu.
Sesetengah aspek bagi kebanyakan piawaian pengurusan risiko telah mendapat kritikan sebagai tidak memiliki kebaikan boleh diukur pada risiko, samaada keyakinan pada anggaran dan keputusan kelihatannya semakin meningkat.

Jadi, adakah situasi begini begitu biasa bagi anda?


Adakah senario sebegini boleh mendatangkan BAHAYA?



Bagaimana pula dengan situasi ini? terdapatkah risikonya?




Bagaimana pula tanggapan anda berhubung aktiviti anda? adakah ianya aktiviti  MENCABAR atau BERISIKO?


Jadi...fikir-fikirkan lah......


Tuesday 12 March 2013

Sekilas pandang...Tangkak


Nak cerita skit pasal tangkak nih....

Tangkak ni sebuah bandar kecil kat daerah Ledang,Johor dan merupakan bandar pentadbiran utama di daerah Ledang. Daerah Ledang pulak adalah daerah baru bagi negeri johor, terpisah dengan Muar, kalau dulu admin dia bawah kuasa Majlis Daerah Muar Selatan. Sekarang dah tadbir sendiri bawah Majlis Daerah Ledang.


Bandar Tangkak ni tak jauh dengan Gunung Ledang yang merupakan pusat pelancongan dan mempunyai pemandangan yang indah dan air terjun yang jernih. Sampai difilemkan cerita epik ni....

Bersempadan dengan Jasin Melaka dan lebih kurang 45 minit dari bandar Melaka. Kalau dari KL, Tangkak hanya kira-kira 2 jam perjalanan guna PLUS Highway dan keluar ke Tol Tangkak dan belok ke kanan. Dan bandar Tangkak hanya kira-kira 3 minit dari Susur keluar tol. 


Tangkak ni dikenali di kalangan penduduk tempatan dengan gelaran Syurga Kain atau Bandar Fabrik sebab ada banyak kedai kain yang menjual pelbagai fabrik yang cantik. Memang tidak dapat dinafikan apabila menjejakkan kaki ke Tangkak, kita boleh lihat dari kiri dan kanan jalan dipenuhi dengan deretan kedai-kedai kain tersebut.


Tak kurang hebatnya juga, tangkak ni kaya dengan sumber kampung yang hebat seperti Raja Buah....Durian..memang awesome makan dalam dusun...


So apa tunggu lagi...berminat..jom jalan-jalan ke Tangkak...

SELEPAS 48 JAM TENANG, PASUKAN KESELAMATAN KEMBALI BERTEMPUR


Kuala Lumpur, 12 Mac - Selepas lebih 48 jam tenang tanpa sebarang pertempuran, bumi Lahad Datu yang menjadi lokasi pencerobohan kumpulan militan bersenjata Sulu kembali menumpahkan darah hari ini.

Operasi membanteras, menggeledah dan pembersihan militan yang memasuki hari kelapan hari ini menyaksikan seorang anggota keselamatan terkorban, kematian pertama dialami pasukan tentera sejak Operasi Daulat dilancar Selasa lalu.

Kejadian di Sungai Nyamuk, dekat Tanjung Batu itu terjadi selepas pasukan keselamatan yang sedang melakukan operasi pembersihan bertembung dengan sekumpulan musuh yang bertindak melarikan diri sebelum dijejaki pasukan keselamatan dan berlaku pertempuran.

"Dalam pertempuran itu dua musuh berjaya dibunuh, malangnya seorang anggota kita turut gugur dan seorang lagi cedera," kata Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib dalam sidang media pada 8 malam.

Hari kelapan Operasi Daulat juga menyaksikan seorang lagi anggota tentera terkorban apabila trak yang dipandunya terbabas di Jalan Lahad Datu-Cenderawasih hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan 10 anggota keselamatan maut sejak tragedi pencerobohan 12 Feb lepas.


Di sebalik rasa hiba, ada juga berita menggembirakan diterima selepas tragedi pendaratan pengganas di Kampung Tanduo yang genap sebulan hari ini - kampung tersebut diisytiharkan bersih sepenuhnya daripada ancaman pengganas militan. 

Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin yang mengumumkan perkara itu berkata operasi pembersihan pasukan keselamatan kini diperluas ke Sungai Nyamuk, Kampung Tanjung Batu dan Kampung Labian.

Sehingga sidang akhbar itu, polis mengesahkan 56 orang kumpulan militan ditembak mati dengan 24 mayat berjaya dikeluarkan, manakala 97 orang ditahan disyaki mempunyai kaitan dengan pengganas dan 196 orang lagi ditahan kerana memasuki kawasan larangan.

Sementara itu pengganas yang menceroboh Lahad Datu dan Semporna yang ditahan bakal berdepan tindakan undang-undang selepas polis membuka dua kertas siasatan berhubung pencerobohan itu.

Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata bentuk tindakan yang akan diambil terhadap mereka yang ditahan kerana disyaki mempunyai kaitan dengan pengganas itu akan ditentukan selepas dibincangkan bersama Peguam Negara.

Dalam pada itu, nasib penduduk kampung yang terjejas dalam Operasi Daulat berikutan insiden pencerobohan pengganas turut diberi perhatian oleh kerajaan persekutuan apabila mengumumkan tiga bantuan khas bagi Kampung Tanduo dan
Tanjung Batu.

Bantuan meliputi pemberian bantuan ehsan wang tunai RM1,000 kepada setiap keluarga, bantuan pembinaan semula rumah yang musnah dengan kos setiap rumah RM50,000 serta pembaikan kecil untuk rumah yang rosak, dan penjadualan semula bayaran pinjaman kepada penduduk yang berniaga dan meminjam daripada Majlis Amanah Rakyat (Mara), Tabung Ekonomi Usahawan Nasional (Tekun Nasional) dan Amanah Ikhtiar itu diumumkan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin 
ketika melawat ke kawasan tragedi itu hari ini.

Kesemua bantuan itu hanya akan diberi kepada penduduk yang memiliki kad pengenalan dan dokumen kelahiran yang sah sebagai warganegara ini.

"Bagi kesemua bantuan itu, penduduk perlu mendapatkan pengesahan daripada ketua kampung, pemimpin setempat dan pihak berkuasa bagi menentukan mereka merupakan penduduk yang terjejas dalam Operasi Daulat," kata Muhyiddin.

Selain dua anggota tentera yang terkorban hari ini, krisis pencerobohan itu turut meragut nyawa lapan anggota polis yang terbabit dalam serangan hendap pengganas, iaitu dua di Kampung Tanduo pada 1 Mac dan enam di Semporna sehari
selepas itu.- BERNAMA

Monday 11 March 2013

Cara Islam : Memasuki Rumah Baru


Just nak share :


Beri salam
Islam menganjurkan sebaik-baik adab memasuki rumah baru atau rumah kosong ialah dengan memulai memberi salam sebagaimana firman Allah SWT, 

“Maka apabila kamu masuk ke mana-mana rumah, hendaklah kamu memberi salam kepada (sesiapa yang seperti) kamu dengan memohon kepada Allah cara hidup yang berkat lagi baik.” [Al-Nur :61]

Lafaz salamnya ialah : 

ألسلام علينا وعلى عباد الله الصالحين 

Maksudnya : “Salam sejahtera ke atas kami dan sekalian hamba-hamba Allah yang soleh”.

As-Salam ialah salah satu nama Allah yang Maha Mulia, ertinya Maha Sejahtera. Justeru rumah yang dimasuki dengan ucapan salam, rumah itu akan sejahtera , penghuninya dilimpahkan berkat, dikurniakan rezeki yang cukup, hidup dalam keadaan aman, damai dan tenteram serta terhindar daripada gangguan syaitan. 

Dalam sepotong hadis, yang bermaksud : “Tiga golongan, semua mereka itu dijamin oleh Allah, jika dia hidup akan diberi kecukupan dan jika dia mati akan masuk syurga, iaitu: Sesiapa yang masuk ke rumahnya dengan memberi salam, maka dia dijamin oleh Allah, sesiapa yang keluar pergi ke masjid, maka dia dijamin oleh Allah dan sesiapa yang keluar untuk pergi berjihad di jalan Allah, maka dia dijamin oleh Allah.” (Hadis riwayat al-Bukhari)

Rumah baru atau rumah kosong kadang-kadang dihuni oleh makhluk lain yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Dengan ucapan salam kadang-kadang terbukti makhluk yang memusuhi kita boleh menjadi baik dan tidak mengganggu kita.

Baca ayat-ayat al-Quran...

Selepas memberi salam hendaklah membaca ayat Qursi, surah al-Falaq dan surah an-Nas. Sabda Rasulullah saw, 

أن البيت الذى تقرأ فيه سورة البقرة لا يقربه شيطان ثلاثا 

Maksudnya : “ Rumah yang dibacakan surah Al-Baqarah tidak akan diduduki syaitan sampai tiga hari”. 

Baca doa ...

Hendaklah berdoa dengan bacaan seperti berikut, 

أعوذ بكلمات الله التامات من شر ما خلق

Maksudnya : “Aku memohon perlindungan dengan kalimah Allah yang sempurna dari kejahatan makhluknya”

Buat kenduri doa selamat ... 

Elok juga diadakan doa selamat menjemput dan menjamu orang-orang soleh. 

Solat berjemaah bersama keluarga .... 

Solat berjemaah bersama keluarga, bertadarus dan berwirid yang mana kesemua amalan ini akan menolak kejahatan dan gangguan syaitan, jin dan lebih-lebih lagi perbuatan sihir. 

Laungkan azan..

Selain itu adalah baik melaungkan azan ketika pertama kali memasuki rumah baru atau rumah yang telah lama ditinggalkan dan tidak dihuni oleh sesiapa.

Dalam sebuah hadis, Rasulullah saw pernah memberitahu bahawa sekiranya sesebuah rumah itu terlalu lama dikosongkan (tanpa penghuni) ianya akan dimasuki sejenis makhluk halus (jin yang dikenali dengan Al-'Ammar) yang suka tinggal di rumah yang tidak berpenghuni.

Dalam hadis yang lain pula, Baginda saw bersabda yang maksudnya: "Ketika azan dilaungkan, syaitan akan melarikan diri......"

Haram menggantung tangkal jika ....

Menggantung sesuatu di rumah selain ayat-ayat Al-Quran sebagai tangkal seperti daun-daun berduri, belangkas atau kuda laut dengan niat untuk menjauhkan seisi rumah dari gangguan syaitan, perbuatan sihir dan sebagainya adalah haram. 

Haram bela ikan puyu jika ....

Begitu juga haram membela ikan puyu jika beriktikad ikan itu boleh mengelakkan tuan rumah dari di kena pukau hukumnya adalah haram.

Gantung ayat Al-Quran ... ? 

Manakala menggantung ayat-ayat Al-Quran tulisan khat hukumnya harus sekiranya ayat-ayat itu tidak dilukis gambar manusia atau binatang. 

Apa hukum menyemah rumah ..? 

Haram hukumnya menyemah rumah baru yang diduduki dengan jampi mentera dan menabur sesuatu sama ada di dalam atau di luarnya. Kalau diiktikadkan dengan perbuatan itu satu penyeruan kepada makhluk selain Allah adalah syirik.

Wallaahualam.

Semak Kiblat tanpa Compass


Yasalam

SEmaK KibLat...tanpa compAss...

Perkongsian kepada Rumah muslim di semenyih, sebagaimana yg dketahui, rumah baru masuk perlukan arah kiblat. Untuk pengetahuan, ustaz2 di bhgn falak jais tidak syorkan compass kerana besi2 dan aliran elektrik dalam umah(dari jiran sblh, lampu jalan pun mempengaruhi arus magnet). Ini semua menganggu aliran magnet pada compass. walaupun sedikit ttp kesannya besar. Silap 5 degree angle je, kiblat lari ke Piramid Mesir, lari 10deg, kiblat ke BiatulmaqdisExclamation!

Dont worry,sbb ada alternative, iaitu semak arah kiblat guna matahari weeEE!. Berpandukan guide dpd JAIS, sy ada menyediakan jadual kiblat matahari (daerah semenyih) dan juga presentation utk guide. 



sekadar berkongsi..mari beramal