Tuesday 26 February 2013

Rezeki bertamu lagi

Alhamdulillah... permintaan semakin meningkat, dan baru sahaja habis stok, dan insyaAllah akan dapat stok baru dalam masa terdekat. Bagi yang berminat dan yang dah buat tempahan, insyaAllah stok baru akan datang esok, dan tuan/puan boleh dapat barang tersebut secepat mungkin. Bagi yang baru nak order, boleh terus PM saya untuk berurusan.

Jangan tunggu lama-lama....nanti bateri habis...so penyelesaiannya..dapatkan Power Bank dengan harga TERBAIK DI PASARAN....

Cuci-cuci kembali

Alhamdulillah, setelah 3 aduan dibuat kepada customer service dan GM diorang setiap satu, dan aduan kpd TPPN, akhirnya barang yang ditunggu selamat tiba di kediaman aku.

Pada 25 Feb (Isnin) lepas, seawal jam 0812H mendapat panggilan telefon dari pemandu servis penghantaran, maklum nak hantar barang tersebut pagi tu. Walau time tu, aku ada urusan di luar, tetapi gagahkan juga balik rumah untuk pastikan barang sampai. Sebab tak mahu pisang berbuah berkali-kali...janji nak hantar...tapi ditunggu-tunggu xsampai-sampai...dah berjanggut aku..heheheh

Berdasarkan kepada si penghantar, beliau hanya dapat maklum untuk hantar barang di awal pagi, dan ambil barang di warehouse di Puchong jam 0720H (merujuk kepada salinan DO). Then dia call aku jam 0812H, barang sampai rumah jam 0935H. Ini bermaksud proses penghantaran tidak memerlukan masa yang lama sekiranya proses kerja dipatuhi antara syarikat C***** dengan syarikat penghantaran yang dilantik (berbayar!!!).

Persoalan, adakan sistem yang gagal, atau kecuaian manusia? atau memeang ia sekadar untuk menduga pelanggan? - fikir-fikirkan lah......

Walau apa pun, terima kasih kepada semua yang telah 'berkerjasama' bagi menjayakan situasi ini. Buat Mr Chris Yong, terima kasih jika sudi memberi perhatian terhadap permasalahan ini, dan maaf jika menyusahkan.

Wednesday 20 February 2013

Janji Tidak Ditepati

Aku rasa kesal dengan apa yang berlaku bila barang yang dibeli dan dijanjikan tidak diterima seolah ditipu dan dipermainkan.

Ni aku post emel yang dihantar ke pihak berkaitan, sebagai renungan yang panjang...biar jadi ikhtibar...bukan mengaibkan...tetapi sekadar berwaspada, setelah janji ditaburkan

-------------------


Salam 1Malaysia. Aduan saya. Saya membuat pembelian mesin basuh WA95W991/YFQ SAMSUNG di Courts The Mines Seri Kembangan pada 16 Februari 2013 (Sabtu) sekitar jam 7petang. Perjanjian secara verbal oleh sales officer (tidak ingat siapa nama) memaklumkan penghantaran akan dilakukan pada hari Isnin (18 Feb) selepas jam 5ptg, dan akan menerima panggilan dari pihak penghantar.

http://www.courts.com.my/Home/ContactUs

Walaubagaimanapun, tiada panggilan diterima bagi tujuan penghantaran sehinggalah jam 6.40ptg 20 Feb 2013 (Rabu). 

Lantaran itu, saya telah menghubungi cawangan courts di the mines, bertanyakan status tersebut, dan perkara berikut diterima:
1. Pada 19 Feb, sekitar jam 6ptg - saya membuat panggilan ke courts the mines, bertanyakan status penghantaran barang, disambut dengan layanan kasar oleh kakitangan wanita tanpa memberi sebarang keyakinan kepada pelanggan (lupa tanya siapa nama pegawai tersebut);
2. Pada 20 Feb, sekitar jam 6ptg juga - sekali lagi menelefon ke courts the mines, dijawab oleh en afif, memaklumkan status barang telah diuruskan oleh syarikat penghantaran yang dilantik, tetapi tidak pasti kenapa masih belum dihantar, jika dirujuk ke sistem, barang telah diambil oleh syarikat yg dilantik (layanan tertib dan sopan oleh en afif);
3. Pada 20 feb, sekitar jam 6.20ptg - saya menghubungi hotline courts 1-800-88-1832, disapa mesra olehegawai khidmat pelanggan, cik zaleha, beliau cuba membantu, tetapi kedudukan penghantaran masih dibawah tanggungjawab syarikat penghantar (difahamkan DHL atau GDEX) dan beliau tidak pasti status penghantaran tersebut masih gagal dilakukan. beliau cuba bantu menghantar emel kpd pihak syarikat penghantar untuk bertanyakan status penghantaran.

KESIMPULAN
Status penghantaran masih SAMAR...seperti JANJI TIDAK DITEPATI...tiada jawapan kukuh diberikan untuk mengesahkan tarikh dan masa sebenar penghantaran. Mungkin disebabkan penglibatan pihak ketiga (syarikat penghantaran yang dilantik - pelanggan juga dikenakan bayaran penghantaran RM49.00) maka kualiti syarikat Courts diragui, akibat kesilapan tersebut.

Ia boleh mendatangkan kekesalan dipihak pembeli/pelanggan dan boleh menjatuhkan reputasi Courts. Sekaligus menjejaskan produktiviti dan perkembangan jualan secara keseluruhan.

Saya rasa tertipu dan kesal dengan apa yang berlaku, tetapi pihak Courts perlu mengambil tindakan wajar bagi mengelakkan masalah sebegini berulang, dan tidak boleh lepas tangan kepada pihak ketiga semata-mata.

Terima kasih.

Tuesday 19 February 2013

Putar Alam

Kali ni aku berpengalaman berurusniaga dengan sebuah syarikat perabot besar yang gah di Malaysia C*****  atas dasar perniagaannya bayaran bolehubah. Yang menggalakkan juga rakyat Malaysia berhutang. Dek kerana iklannya yg menarik dan harga berpatutan (untuk cash, kalo utang mmg mahal gila jadinya) so aku dan keluarga mengunjungi pusat jualannya di The M**** Sri Kembangan.

Ni pun kerana, urusan gantian washing machine yg meletup masa beroperasi last saturday...so sepakatlah laki bini beli latest model dgn kapasiti 7.5 kg (cukup le 4 beranak pakai) dgn bayaran tunai. Masa nak p bayar, pegawai khidmat pelanggan maklumkan, kos penghantaran rm49...so ok je lah (kalau beli kedai lain rasanya xde delivery cost or hidden cost yg dah absorbe dlm rege dia). Dimaklumkan juga, penghantaran pada petang isnin, after office hour...ok lah tuh, kat umah dah ada orang.

Senyum lebarlah si isteri, xyah susah2 cuci baju manual. so tunggu la ke hari isnin...barang baik sampai.....

Tunggu punya tunggu...masuk ke petang Selasa, sehingga jam 1815 masih xde bayang panggilan telefon dari si penghantar. So dengan tenang, aku dail ke customer services di pusat jualan tersebut....panggilan dijawab oleh pegawai penyambut panggilan wanita...tanpa salam dia menyambut....YE, NAK APA?....(gulps...)....aku ceritakan la perihal barang xsampai sampai....dengan suara keras dia balas panggilan aku tuh....TUNGGU JE LA, SOK LUSA SAMPAI LE TUH.....aku pun balas, boleh buat pengesahan tarikh dan masa yg betul tak, untuk penghantaran?....selamba si minah tu balas....TAKDE2...MANADE PENGESAHAN...TUNGGU JE LA....

(huh....)...takat didih aku pun macam nak sampai dah....terus aku balas....O MACAM TU KE....BOLEH PULA JAWAB MCM TU....terus dia tamatkan panggilan....(blur aku....) terpinga2

#SOLUSI
Ni la last aku berurusan (kali ni masuk kali ke 2 aku berurusan dgn si C*****) dgn syarikat nih....tapi aku set by petang rabu kalo xde gak penghantaran, aku nk complaint kat tribunal pengguna (SERIUS!!) sebab rasa dipermainkan (bukannya aku beli hutang....).

So nasihat pd kengkawan, perlu ada pengesahan bertulis bg penghantaran barang yg kita beli. Just share pengalaman.

Monday 18 February 2013

The Geneva Conventions of 12 August 1949

The Geneva Conventions of 12 August 1949 (+ Protocols Additional)



Chapter VI - Civil Defence

Article 61 : Definitions and Scope
Article 62 : General Protection
Article 63 : Civil Defence in Occupied Territories
Article 64 : Civilian Civil Defence Organization of Neutral or Other States Not Parties To The Conflict and International Co-ordinating Organizations
Article 65 : Cessation of Protection
Article 66 : Identification
Article 67 : Members of the Armed Forces and Military Units Assigned to Civil Defence Organizations

### Inilah info yang cukup berguna bagi semua berhubung perlindungan keselamatan dan pertahanan awam. Segalanya termaktub secara sah diperakui antarabangsa bagi menjaga kepentingan awam ketika aman, kecemasan, bencana mahupun peperangan. So just share apa yang aku ada untuk makluman bersama.

Wednesday 13 February 2013

Proses Permohonan Pelan Setara (Ubahsuai) Rumah

Alhamdulillah, banyak aku baca & banyak dapat pandangan rakan taulan berkaitan proses permohonan ubahsuai rumah...ni bersungguh sebab mood nak masuk umah baru.

So atas nasihat my brother, kene rujuk PBT untuk buat ubah suai, walo suara2 sumbang menyatakan 'xpayah pi minta kelulusan'...'buang masa minta kelulusan'...'lecehlah'....'buat je dulu, nanti bayo penalty'...mcm2 la aku dengar...

Atas dasar nak rasa sendiri pengalaman urus...so aku gagahkan diri ke MPKj untuk riki dan tanya2 apa sebenarnya prosedur yang kene buat.

So ni la hasilnya.... untuk ubahsuai rumah, samada depan, belakang or sisi rumah...so panduannya semua ada ditunjukkan...memang mudah dan berbaloi...

Bagi permohonan untuk pasang awning sahaja...guna borang yang ni pulak...


Hasilnya...xde la payah sangat aku berurusan di PBT tersebut...tak sampai la sejam...semua beres (tapi untuk tanya dan beli borang je k...)

Pasni..next step...sediakan dokumen sokongan yang diperlukan dan submit dengan duit sekali....

Wednesday 6 February 2013

LET GO 2ND HAND PETI AIS

LET GO 2ND HAND PETI AIS

Oleh sebab nak pindah rumah, so ni antara barang terawal yang akan aku let go. Biar senang sikit nak pindah nanti. So sesapa yang berminat, lihat pics disediakan, dengan detail di bawah:

Spesifikasi
Jenama - Sharp 
Model - SJ-187T
Volume - 172L
Keadaan masih baik, seperti baru.
FOC - 4 x tapak pelapik 

HARGA????.....cukup murah!!!!!!...hanya RM200.00 (boleh nego sampai ada pembeli)

Siapa cepat dia dapat!!!!

Sila SMS / WhatApps ke 012-5596759

Bagi Nama, No telefon, Alamat Rumah, Emel.

Mudah kan....apa tunggu lagi....

HIGH CAPACITY POWER BANK

HIGH CAPACITY POWER BANK - YOOBAO

Anda pengguna telefon pintar dan peranti elektronik terkini? Kerap bertugas di luar stesyen/pejabat? Ada masalah ketahanan bateri? Perlu cas bateri segera?

Ini penyelesaian terbaik...HIGH CAPACITY POWER BANK - YOOBAO dengan kapasititi tinggi sehingga 11,200mAh.
 STOK BAHARU - TELAH SAMPAI - 
SILA ORDER SEGERA..SEBELUM TERLAMBAT

Spesifikasi
Kapasiti - 11,200mAh;
Kegunaan - untuk semua jenis telefon bimbit & peranti elektronik;
Berat - 253g;
Input - DC 5V / 1,000mA;
Output - DC 53V / 1,000mA - 2,000mA; dan
Size - 120 x 75 x 25mm.

Harga??? cukup murah...terbaik dari ladang. Hanya RM145.00 termasuk kos penghantaran (hanya untuk pos - dgn kos dalam RM5.89...so kawtim RM5shj..lebih tu free ma..), tetapi untuk COD, harga HANYA RM140.00 sahaja.

Apa tunggu lagi...cepat selagi stok masih ada.

Sila SMS/WhatApps 012-5596759

Bagi Nama, No telefon, Alamat Rumah, Emel.

Mudah kan....apa tunggu lagi....