Tuesday, 26 February 2013

Cuci-cuci kembali

Alhamdulillah, setelah 3 aduan dibuat kepada customer service dan GM diorang setiap satu, dan aduan kpd TPPN, akhirnya barang yang ditunggu selamat tiba di kediaman aku.

Pada 25 Feb (Isnin) lepas, seawal jam 0812H mendapat panggilan telefon dari pemandu servis penghantaran, maklum nak hantar barang tersebut pagi tu. Walau time tu, aku ada urusan di luar, tetapi gagahkan juga balik rumah untuk pastikan barang sampai. Sebab tak mahu pisang berbuah berkali-kali...janji nak hantar...tapi ditunggu-tunggu xsampai-sampai...dah berjanggut aku..heheheh

Berdasarkan kepada si penghantar, beliau hanya dapat maklum untuk hantar barang di awal pagi, dan ambil barang di warehouse di Puchong jam 0720H (merujuk kepada salinan DO). Then dia call aku jam 0812H, barang sampai rumah jam 0935H. Ini bermaksud proses penghantaran tidak memerlukan masa yang lama sekiranya proses kerja dipatuhi antara syarikat C***** dengan syarikat penghantaran yang dilantik (berbayar!!!).

Persoalan, adakan sistem yang gagal, atau kecuaian manusia? atau memeang ia sekadar untuk menduga pelanggan? - fikir-fikirkan lah......

Walau apa pun, terima kasih kepada semua yang telah 'berkerjasama' bagi menjayakan situasi ini. Buat Mr Chris Yong, terima kasih jika sudi memberi perhatian terhadap permasalahan ini, dan maaf jika menyusahkan.

No comments:

Post a Comment