Wednesday, 20 February 2013

Janji Tidak Ditepati

Aku rasa kesal dengan apa yang berlaku bila barang yang dibeli dan dijanjikan tidak diterima seolah ditipu dan dipermainkan.

Ni aku post emel yang dihantar ke pihak berkaitan, sebagai renungan yang panjang...biar jadi ikhtibar...bukan mengaibkan...tetapi sekadar berwaspada, setelah janji ditaburkan

-------------------


Salam 1Malaysia. Aduan saya. Saya membuat pembelian mesin basuh WA95W991/YFQ SAMSUNG di Courts The Mines Seri Kembangan pada 16 Februari 2013 (Sabtu) sekitar jam 7petang. Perjanjian secara verbal oleh sales officer (tidak ingat siapa nama) memaklumkan penghantaran akan dilakukan pada hari Isnin (18 Feb) selepas jam 5ptg, dan akan menerima panggilan dari pihak penghantar.

http://www.courts.com.my/Home/ContactUs

Walaubagaimanapun, tiada panggilan diterima bagi tujuan penghantaran sehinggalah jam 6.40ptg 20 Feb 2013 (Rabu). 

Lantaran itu, saya telah menghubungi cawangan courts di the mines, bertanyakan status tersebut, dan perkara berikut diterima:
1. Pada 19 Feb, sekitar jam 6ptg - saya membuat panggilan ke courts the mines, bertanyakan status penghantaran barang, disambut dengan layanan kasar oleh kakitangan wanita tanpa memberi sebarang keyakinan kepada pelanggan (lupa tanya siapa nama pegawai tersebut);
2. Pada 20 Feb, sekitar jam 6ptg juga - sekali lagi menelefon ke courts the mines, dijawab oleh en afif, memaklumkan status barang telah diuruskan oleh syarikat penghantaran yang dilantik, tetapi tidak pasti kenapa masih belum dihantar, jika dirujuk ke sistem, barang telah diambil oleh syarikat yg dilantik (layanan tertib dan sopan oleh en afif);
3. Pada 20 feb, sekitar jam 6.20ptg - saya menghubungi hotline courts 1-800-88-1832, disapa mesra olehegawai khidmat pelanggan, cik zaleha, beliau cuba membantu, tetapi kedudukan penghantaran masih dibawah tanggungjawab syarikat penghantar (difahamkan DHL atau GDEX) dan beliau tidak pasti status penghantaran tersebut masih gagal dilakukan. beliau cuba bantu menghantar emel kpd pihak syarikat penghantar untuk bertanyakan status penghantaran.

KESIMPULAN
Status penghantaran masih SAMAR...seperti JANJI TIDAK DITEPATI...tiada jawapan kukuh diberikan untuk mengesahkan tarikh dan masa sebenar penghantaran. Mungkin disebabkan penglibatan pihak ketiga (syarikat penghantaran yang dilantik - pelanggan juga dikenakan bayaran penghantaran RM49.00) maka kualiti syarikat Courts diragui, akibat kesilapan tersebut.

Ia boleh mendatangkan kekesalan dipihak pembeli/pelanggan dan boleh menjatuhkan reputasi Courts. Sekaligus menjejaskan produktiviti dan perkembangan jualan secara keseluruhan.

Saya rasa tertipu dan kesal dengan apa yang berlaku, tetapi pihak Courts perlu mengambil tindakan wajar bagi mengelakkan masalah sebegini berulang, dan tidak boleh lepas tangan kepada pihak ketiga semata-mata.

Terima kasih.

2 comments:

  1. Alhamdulillah, laporan awal ke Tribunal TTPM telah diterima...moga memberi kesedaran

    ReplyDelete
  2. Sudah memasuki hari kesembilan, tetapi masih tiada penghantaran dilakukan. Hanya panggilan palsu sahaja menyatakan nak dihantar, tetapi bayang pun tiada. Cari punya cari, jumpalah salah seorang bos si C***** nih melalui fb dia, so aku tulis la dlm komen box dia untuk kali ketiga :

    Salam Sejahtera Encik Chris Yong

    Moga tuan berada dalam keadaan yang bahagia dan cemerlang dalam kerjaya yang diceburi.

    Untuk makluman tuan, sehingga saat messages ini ditulis (pada 25 Feb jam 07.32pg) saya masih lagi menunggu penghantaran barang yang saya beli dari Courts Cawangan The Mines, setelah pembelian tunai dibuat pada 16 Feb yang lepas. Sudah hampir 10 hari, tetapi barang tetap belum kelihatan bayangnya, walhal jarak rumah dan cawangan Courts tersebut tidak sampai 20 minit pun perjalanan.

    Untuk makluman tuan, semalam (24 Feb) saya dihujani panggilan telefon (pelbagai talian, ada PRIVATE, NO PEJABAT, NO HP) memaklumkan barang yang saya beli tersebut akan dihantar (maybe setelah banyak aduan saya utarakan) pada petang hari tersebut. Mula- mula ada rasa gembira sebab masalah akan berakhir pada hari tersebut. Tetapi pada tengaharinya, saya mendapat panggilan telefon, menyatakan pula, penghantaran tidak dapat dilakukan pada hari tersebut (tanpa ada sebarang alasan, walau didesak KENAPA?).

    Cuma si pemanggil (wanita India) memaklumkan barang hanya akan dihantar esok (25 Feb). Cuba banyangkan perasaan saya ketika itu. Rasa seperti DIPERMAINKAN!!!

    Tuan, saya harap adanya tindakan di pihak tuan. Mohon dilihat dimana kesilapan/kecuaian berlaku.

    Perhatian dan tindakan sewajarnya di pihak tuan amatlah diharapkan.

    Terima Kasih

    ReplyDelete