Monday, 11 March 2013

Kelulusan Pelan Ubahsuai Rumah


Yasalam...

setelah banyak tanya mcm2 pihak, dan terus sendiri ke MPKj utk penjelasan lanjut, maka saya share sedikit tentang proses untuk ubahsuai rumah...untuk ubahsuai rumah samada tambah bhgn depan or belakang or tepi rumah, pihak MPKj ada sediakan standard plan (jika berminat) dan xperlu dapatkan khidmat arkitek luar. caranya cukup mudah (bg yg nk ubahsuai secara standard la..) pergi ke MPKj, dapatkan khidmat nasihat, apa nak buat, mcmana nak buat, perlu ke kelulusan...then beli buku GARIS PANDUAN, SYARAT2 DAN BORANG PERMOHONAN PELAN SETARA yg berharga cuma RM20. form ni siap cadangan drawing plan ubahsuai. so xpayah susah2 nak cari arkitek utk drawing dan approval...MPKj dh sediakan...kos pun jimat
i. bayaran proses rm50
ii. utk tambahan (bg setiap tambahan) - rm50/setiap tambahan
iii. bayaran tambah sinki (jika ada) - rm5
iv. wang deposit (kebersihan) - rm500 (refundable)
v. permit letak bahan binaan - rm50
vi. bayaran tong sampah - blh cari sendiri or guna senarai dr MPKj.

so total kos xsampai RM1K utk proses mohon....jika guna arkitek sendiri, kompom kos tambahan perkhidmatan arkitek rm2k ++...

jadi pilihan di tangan tuan puan....samada nak dpt kelulusan or not bg ubahsuai (utk ubahsuai struktur or tambahan luar shj, utk ubah kecilan dlm rumah xperlu)....

sebab tgk ada yg buat ubahsuai MENAKUTKAN.....dan boleh mendatangkan bahaya kepada keluarga serta jiran tetangga...

sekadar berkongsi......


2 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Pelan setara ni utk rumah TERES tambahan dapur SAHAJA(tanpa tandas baru),tambahan selain itu spt tmbh dpn,atas,tepi,mmg kena guna khidmat pelukis pelan berdaftar ataupun arkitek

    ReplyDelete