Tuesday, 2 April 2013

Syukur - Renungan Part 2


Peristiwa yang berlaku pada hari kiamat
(Waaqi’ah,1-6)
Ayat di atas menerangkan peristiwa yang berlaku ketika terjadinya hari kiamat. Banyak perkara yang berlaku ketika hari kiamat. Tiada siapa yang dapat menghalang kejadian ini daripada berlaku. Kejadian pada hari kiamat memberi kesan kepada golongan yang ingkar dan golongan yang patuh kepada perintah Allah. 

Antara perkara yang berlaku ialah bumi akan digoncang sekuat-kuatnya dan gunung-ganang akan dihancurkan menjadi debu. Sesungguhnya kuasa Allah sangat hebat. Tiada siapa yang boleh menandingi kuasa Allah. Allah juga boleh melakukan apa sahaja terhadap muka bumi ini ketika tiba hari kiamat.




Kemusnahan pada hari kiamat
(Takwiir,1-14)
Sememangnya banyak kemusnahan yang akan berlaku pada hari kiamat. Kiamat merupakan hari kemusnahan. Apa yang ada di muka bumi ini akan musnah dan muka bumi ini akan jadi padang yang rata. Ciptaan tuhan seperti matahari, bulan, bintang dan sebagainya juga akan musnah. Banyak lagi kemusnahan yang dasyat bakal berlaku pada hari kiamat. 

Semua manusia dan hidupan yang ade akan turut mati. Pada masa sekarang, kita menyaksikan kejadian gempa bumi yang menyaksikan kemusnahan yang besar. Pada hari kiamat nanti, banyak kejadian yang lebih dasyat dan kemusnahan yang amat teruk. Semua manusia akan berasa takut dan sibuk memikirkan amalan yang telah mereka lakukan.




Gambaran ketakutan manusia
(naazi’aat,8-9)
Pada hari kiamat nanti, pada masa berlakunya tiupan sangakakala yang pertama, seluruh alam akan digoncangkan dan segala yang bernyawa akan mati dan punah-ranah sekalian makhluk selain yang dikecualikan. Tiupan yang pertama akan diikuti dengan tiupan yang kedua. Tiupan kedua ini akan membangkitkan orang yang mati dan mengeluarkan manusiadari kubur masing-masing. 

Pada hari perhitungan, seluruh manusia berdebar-debar takut. Senarai amalan telah dibentangkan di hadapan mata. Semua manusia risau kerana amalan yang mereka lakukan ada yang cukup dan ada juga yang kurang. Mereka juga memikirkan untuk hidup semula dan beramal semula. Pada ketika itu, segalanya telah terlambat. Oleh itu, kita hendaklah sentiasa beriman dan beribadah kepada  Allah kerana kita tidak mengetahui bila terjadinya hari kiamat.

No comments:

Post a Comment