Pengurusan Uri Bayi secara Terhormat dan Mengikut Islam
Janganlah sesekali kita tinggalkan atau buang sahaja uri bayi anak kita di Hospital. Sebab uri tu sebahagian daripada 'rumah' anak kita sepanjang berada di rahim si ibu yang menghubungkan 'kasih sayang' si ibu kepada anak dikandungnya.
Uri bukanlah najis yang menjijikkan ataupun jenazah yang perlu disolat dan ditalkinkan. Tetapi perlunya pengurusan yang baik bagi menjaga kesuciannya (sesuci bayi yang baru lahir) dengan dibersihkannya dan diuruskan secara tertib bagi mengelakkan ianya dimakan oleh binatang kelak.
Seeloknya kerja-kerja sebegini dilakukan oleh sang suami, bagi sama-sama 'merasai' proses kelahiran khalifah baru di muka bumi ini yang putih bersih tanpa sebarang dosa. Tapi yang paling penting, si suami mampu 'berhadapan' dengan uri anak tersebut. Takut-takut, baru nampak merah darah dah mula loya, nak pitam dan macam-macam implikasi lain.
sebagai persediaan, perlunya disediakan barang-barang keperluan asas untuk mencuci, tak perlu lah sampai disediakan sabun Daia or Febreeze. Apa yang perlu, lokasi pembersihan yang diyakini bersih, aliran air yang baik, sumber air mencukupi, dan sedikit keperluan tambahan seperti asam jawa, garam, limau nipis, kain putih, tali kain dan lain-lain peralatan yang difikirkan perlu.
Tapi jangan pula sampai disediakan sekali pensel, paku, kertas, jarum (kalau ipad/iphone? macamana..heheh..gurau ek) dll. itu semua mengarut dan amalan khurafat. Sekarang lagi mudah, dah ada set urus uri yang dijual dipasaran. ikut je arahan pada manualnya.
Seeloknya, urus uri ni secepat yang mungkin, dan jangan bertangguh. Tapi sekarang bagi yang duduk di bandar, nak cari sekangkang kera tanah untuk ditanam memang susah. Jadi mungkin perlu didimpan seketika, dan simpan secara cermat dalam peti ais sejuk beku.
Ok, dengan hati yang cekal...mulakan dengan Lafaz yang mulia, Lafaz Basmallah. Basuh uri dengan cermat dan bersih. Buangkan darah-darah yang melekat disekitarnya dan sekeliling pelipatnya. Taburkan garam (tak kisah lah halus ke kasar) ke serata uri tersebut, serta basuh sebelum ulang basuh dengan asam jawa. Then dengan limau nipis pulak. Semua ni bertujuaan menghlangkan atau mengurangkan bau hanyir darah, sebab bau hanyir sebegini diminati oleh binatang-binatang bila ditanam kelak.
selesai cuci dan dipastikan aliran darah berkurangan, masukkan dalam bekas mudah reput, samada guna balik kertas hijau yang dapat dari hospital pun boleh. bungkus ala-ala sup bunjut. balut beberapa kali termasuk plastik, untuk elak cecair meresap keluar. Last sekali bungkus dengan kain putih, pun diikat bunjut. Kemaskan ikatan pada kain tersebut dan ready untuk ditanam.
Jika sempat tanam terus lagi bagus, tetapi kalau tak sempat atau duduk rumah apartment, tiada tempat nak tanam, so simpan sekejap di dalam peti sejuk beku sebelum 'jumpa' tempat sesuai. seeloknnya, tempat yang dicari adalah lokasi yang bagus, baik, dan jauh dari ancaman binatang.
Gali lubang sedalam yang mampu (cukup sekadar sukar digali semula oleh binatang) dan masukkan bunjutan uri tadi. jangan lupa, selawat dan bacakan la doa-doa mulia iringi proses tu. Kambus dan tindih/tanda dengan batu untuk elak ada orang lain gali tempat yang sama atau dikorekk binatang.
Tapi ingat!!! jangan buat amalan kurafat, pasang lilin sebagai 'peneman' dan sebagainya. Tapi kalau untuk hindar binatang datang/hampiri, mungkin ok. Doakan yang terbaik adalah yang perlu, dan moga uri tadi selamat dari ancaman binatang.
Semua itu, boleh dilakukan sendiri, dan bagus untuk pengalaman berguna.
No comments:
Post a Comment