Mungkin masih ramai tertanya-tanya siapa dalang disebalik isu pencerobohan di Lahad Datu. Masing-masing masih sibuk menuding sana sini, lebih-lebih lagi sedang hampir PRU13 kelak. Pelbagai andaian dan spekulasi diberikan dan dikeluarkan. Tanpa usul periksa dan tanpa belas ihsan, mangsa kekejaman pengganas samada penduduk setempat mahupun keluarga wira negara (wira bukan sahaja ATM dan PDRM, tetapi semua yg terlibat bagi menjamin kedaulatan negara).
Tetapi mereka lupa sebahagian petugas yang bertungkus lumus siang dan malam, bukan menggalas senjata M16, bukan memikul Granade Louncher atau Mortar, jauh sekali memegang bom tangan. Tidak juga memakai baju kalis peluru.
Tetapi kumpulan inilah yang bertungkus lumus membantu mangsa-mangsa di Pusat Pemindahan yang telah ditetapkan. Penduduk kampung bertempiaran lari, lantas diselamatkan, dicarikan tempat berteduh dan selamat. Mulanya dihimpun di masjid, akibat kapasiti begitu ramai, dicarikan tempat yang lebih selesa, dewan serbaguna menjadi sandaran. Bukan itu sahaja, makan minum pakai waima tempat tidur yang selesa juga mereka ini terpaksa fikirkan, walhal, mereka sendiri tiada tempat tidur lagi.
Inilah UNSUNG HEROES...JPAM yang penuh jasa sepanjang OpDaulat dilancarkan. Merekalah tempat mangsa mengadu nasib dan menumpang kasih. Rawatan kesihatan disediakan, makanan panas segar disajikan, tilam empuk diusahakan, aktiviti ceria lapang dipenuhkan. Itulah mereka UNSUNG HEROES.....JPAM
Dengan kekuatan Pegawai Tetap yang terhad jika dibandingkan dengan ATM dan PDRM (yang regular) cukup jauh berbeza. Tetapi semangat kental, dengan kudrat yang ada, bantuan Anggota Sukarela Pertahanan Awam (ASPA) yang tidak mengenal erti penat, berjaya menjulang perkhidmatan yang cekap lagi teratur dan sehingga kini masih menjadi tempat rujukan. Bilangan logistik yang terhad juga, sedikit menghadkan pergerakan, tetapi alhamdulillah berkat usaha YS Tuan Pengarah JPAM Negeri Sabah yang berjaya menubuhkan Unit Felda Sahabat cukup memberi impak besar. Jika dahulunya, unit ini agak jauh ketinggalan dari fasilitinya dalam melatih dan memberi perkhidmatan pertahanan awam, tetapi kini bantuan segera secara one-off diberikan bagi Misi bantuan Kemanusiaan OpDaulat.
Jika pihak atasan dapat melihat hati kecil ini, pastikan bantuan segera akan diberikan, bukan sahaja dari segi logistik (pejabat, tanah, kenderaan operasi, peralatan latihan, peralatan operasi dll), tetapi dari segi pembangunan sumber manusianya - PENJAWATAN TAMBAHAN. Itu perlu!!!!!!!!!
No comments:
Post a Comment