Thursday, 12 December 2013

Prosedur penggubalan undang-undang di Malaysia

Prosedur penggubalan undang-undang di Malaysia

Malaysia mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen di bawah pentadbiran Raja Berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Perlembagaan negara telah digubal dengan mengadakan syarat-syarat untuk pengalaman sistem ini. Salah satu syarat sistem Demokrasi Berparlimen adalah pembahagian kuasa kepada tiga bahagian di dalam pemerintahan, iaitu Perundangan, Kehakiman dan Pentadbiran atau Eksekutif. Di dalam sistem pemerintahan Negera Malaysia, Parlimen memiliki kuasa untuk menggubal undang-undang. Oleh itu Dewan Perundangan Persekutuan ialah Parlimen. Kuasa Perundangan ini diberikan mengikut Perkara 44 Perlembagaan Persekutuan yang terdiri daripada Yang Dipertuan Agong, Dewan Negara dan Dewan Rakyat. Kedua-dua Majlis Parlimen memainkan peranan yang penting dalam proses perundangan.

Di Malaysia sesuatu Rang Undang-undang boleh dikuatkuasakan setelah melalui satu prosedur penggubalan undang-undang. Tugas menggubal undang-undang yang terletak pada badan perundangan meliputi tugas untuk meminda perlembagaan, meluluskan undang-undang baru, memansuhkan undang-undang lama dan baru serta mengesahkan undang-undang yang sedang berjalan. Kesemua proses ini berlaku dalam badan perundangan mengikut prosedur perundangan yang ditetapkan dimana Yang Dipertuan Agong akan memperkenankan Rang-Undang-undang tersebut setelah dibentang dan dibahaskan di Dewan Rakyat dan Dewan Negara . Sebagai peraturan umum, Parlimen berkuasa untuk membuat undang-undang bagi keseluruhan Persekutuan atau mana-mana bahagian. Parlimen Persekutuan mempunyai kuasa perundangan ke atas kebanyakan perkara penting seperti kewangan, perdagangan dan perusahaan, pendidikan, pertahanan dan hal ehwal luar.


DEWAN NEGARA
Dewan Negara adalah komponen kedua dalam Parlimen Malaysia. Ia adalah Majlis Tertinggi atau Senat. Dewan Negara adalah perlu bagi membahaskan sesuatu rang undang-undang dengan lebih halus dan terperinci. Ia juga bertanggungjawab membincangkan perkara-perkara yang menjadi kepentingan umum. Mengikut Perlembagaan Persekutuan Perkara 45, keanggotaan ahli Dewan Negara terdiri daripada seramai 70 orang ahli. Ahli Dewan Negara juga dipanggil Senator. 



DEWAN RAKYAT
Dewan Rakyat adalah komponen ketiga dalam Parlimen Malaysia. Ia merupakan satu majlis khas untuk rakyat menyuarakan hasrat dan pendapat serta mendapatkan pembelaan menerusi wakil-wakil rakyat mereka. Kesemua Ahli Dewan Rakyat dipilih menerusi Piliharaya. Setiap ahli akan mewakili satu kawasan pilihanraya iaitu kawasan pilhanraya Dewan Rakyat. Ahli Dewan Rakyat tidak boleh mewakili dua kawasan Dewan Rakyat atau menjadi ahli Dewan Negara dan ahli Dewan Rakyat dalam tempoh atau yang sama, atau menjadi Ahli Dewan Negara mewakili dua negeri atau menjadi ahli Dewan Negara secara perlantikan dan pilihan di dalm negeri di dalam tempoh waktu yang sama. 


PERSIDANGAN DEWAN 
Parlimen akan bersidang apabila dipanggil oleh Yang Dipertuan Agong. Ia tidak boleh dibiarkan selama enam bulan berselang di antara mesyuarat akhir bagi satu penggal dengan mesyuarat bagi penggal yang akan datang. Parlimen akan kekal untuk lima tahun daripada nya yang pertama. Apabila genap lima tahun, Parlimen akan bubar dengan sendirinya melainkan sebelum cukup tempuh ia dibubarkan oleh Yang Dipertuan Agong. Setelah Parlimen dibubarkan, pilihanraya umum akan diadakan dal tempoh 60 hari dari tarikh pembubaran bagi Semenanjung dan 90 hari bagi Sabah dan Sarawak. Parlimen hendaklah dipanggil bersidang tidak lewat 120 hari selepas tarikh pembubarannya.


Semua mesyuarat Parlimen disusun di dalam satu kalendar yang dinamakan Takwim Parlimen. Kalendar ini dibahagikan kepada lima penggal dan setiap penggal mengambil masa selama satu tahun. Parlimen tidak bersidang di sepanjang penggal tetapi mengadakan mesyuarat sebanyak tiga atau empat kali dalm satu penggal. Setiap satu mesyuarat mengambil masa selama dua minggu bagi Dewan Rakyat manakala Dewan Negara pula memakan masa selama satu minggu kecuali mesyuarat belanjawan yang mengambil mnasa selama lima atau enam minggu.

No comments:

Post a Comment